Friday, 9 March 2012

Rindu Budak Ni

Testing 1..2..3.. Okay! Boleh sudah.. Korang tengah buat apa tu? Korang baik baik ja kan? Saya doakan moga korang sihat2 dan gembira disamping orang yang tersayang.. Ermm, 2-3 hari ini, saya asyik tengok jam je, kalau tak tengok calendar.. Mengira detik untuk balik. Beginilah keadaannya kalau bila nak dekat cuti semester ini. HAHA.. Lupa pulak nak wish "Good Luck" kat kengkawan. Bila nak dekat exam ni, mesti hati semakin berdebar-debar.. Lepas tu, mulalah kelam kabut.. macam macam la terjadi, tidak cukup tidor la.. sakit la.. Saya nasihatkan korang jangan la terlalu stress sangat, tapi jangan la terlalu relax pulak.. Cuba tenangkan diri dengan minum segelas hot coklat.. Opps! Confirm korang nak lagi, cukup la segelas jangan lebih-lebih pulak.. HAHA..

Ermm, berbalik kepada tajuk entry ni.. Saya cuma nak kata yang saya rindu budak ni.. Teringat pulak kat budak  ni.. Dah lama saya tak jumpa dia, agak agaknya dah 3 bulan lebih saya tak balik.. So, tak sabar nak balik dah ni. Nak cubit2 anak buah saya ni. HEHE.. Eyalah, saya cuma ada 1 sahaja anak buah (setakat nie), mestilah rindu giler tahap dewa.. Belum ada rezeki kat abang saya nak buat macam mana kan.. Nak jaga satu anak buah ni pun punyalah susah, ada hati pulak nak ada anak buah lagi.. HAHA. Biar saya cerita sedikit pasal anak buah saya ni, budak ni  nakal sangat sangat.. Lepas tu bukannya nak dengar cakap.. Baru 3 tahun kot umur dia nak dengar macam mana?? HAHA.. Okay! bila bawa dia keluar p shopping.. budak ni lah orang pertama yang paling bahagia sangat.. dan budak ni juga la orang pertama masuk kereta.. tidak tahu malu betul la.. HAHA.. Lepas tu, bolehnya dia anggap shopping mall tu macam rumah dia je.. dah la nak kejar dia tu susah.. ishh.. Hari tu, saya ada col orang rumah.. Saja tanya khabar.. Masa tu, bila dengar je suara dia.. happy sangat.. sampaikan tidak sedar pulak yang suara saya ni kuat boleh dengar satu blok.. HAHA.. Nampak sangat tipu.. Sweet giler.. bila dia cakap kat saya 'iloveu auntie'.. jangan cemburu tahu.. HEHE..



Comel tak?? Tapi bukan orang yang tengah dukung dia tu yang comel tau.. HAHA



Namanya, Karven Luke Nathan...


Okay! tengah tidor pun comel juga..^^


Saya time kecik2 dulu comel ke?? Ermmmmm, Entah la, comel kot.. 


Thursday, 8 March 2012

10 Kelebihan Perempuan Di bandingkan Dengan Lelaki

Huh ? Fakta lagi.. Ermm, mungkin agak boring juga.. Tapi saya nak korang tahu juga tentang fakta ini.. Tak kesah la.. HAHA.. Ramai di kalangan kita masih lagi tidak tahu tentang fakta ini.. Walaupun fakta yang diperkatakan ini mungkin akan disangkal oleh beberapa kaum lelaki lain.. HEHE.. Sekiranya kita fikirkan kembali, mesti kita beranggapan ada diantaranya boleh diterima  pakai juga.. Apa apapun, fakta ini merupakan suatu kajian yang dijalankan oleh beberapa istitusi serta universiti luar negara dan kajian ini dilakukan melalui pemantauan serta pemerhatian yang dilakukan oleh beberapa pakar disana. So, mari kita lihat apa kelebihan pada diri seorang perempuan..



1. Perempuan berevolusi menjadi semakin cantik.

Sebuah pemerhatian menunjukkan bahawa wanita berevolusi menjadi semakin lebih cantik, sementara lelaki pula macam tu je. Dalam penelitian terhadap lebih dari dua ribu orang selama empat dekad, disimpulkan  bahawa perempuan berpenampilan menarik memiliki anak 16 peratus lebih banyak daripada mereka yang berpenampilan biasa-biasa saja. Lebih lanjut lagi, ternyata kemungkinan wanita-wanita cantik tersebut memiliki anak perempuan sebagai anak pertama lebih besar 36 peratus dari yang lainnya.



2. Perempuan sering kali selamat dari kemalangan kereta.

Hal ini memang sangat menyedihkan, namun begitu la kenyataannya. Berdasarkan penelitian oleh Universiti Carnegie Mellon, di Pittsburgh, Amerika Syarikat, lelaki 77 peratus lebih berisiko untuk meninggal sewaktu kemalangan jalan raya jika hendak dibandingkan dengan perempuan.



3. Perempuan lebih mudah berasa selesa.

berdasarkan survey pada dua ribu orang wanita, ternyata wanita jauh lebih selesa untuk membicarakan masalahnya jika hendak dibandingkan dengan lelaki. Sebanyak 53 peratus wanita membicarakan masalahnya pada teman-teman mereka, sementara lelaki menceritakan masalahnya hanya 29 peratus sahaja.



4. Perempuan lebih tahan tekanan di tempat kerja.

Menurut sebuah Biro Statistik Tenaga kerja Dunia, sebanyak 80 peratus orang yang kehilangan pekerjaan sejak Desember 2007 adalah lelaki. Hal ini kemungkinan disebabkan kerana lapangan pekerjaan yang didominasi lelaki yang paling tertekan serta layanan yang dikenakan oleh majikan. Memang menyakitkan tetapi mungkin sudah waktunya kaum Adam beralih pekerjaan menjadi jururawat atau guru.



5. Perempuan lebih pandai & cerdik.

Seperti kita ketahui, wanita lebih banyak terdaftar di perguruan tinggi dibandingkan dengan lelaki. Sebuah statistik mengungkapkan bahawa lelaki yang lulus dan mendapatkan gelaran sarjana juga ternyata lebih sedikit daripada wanita. Kebanyakan lelaki ternyata memerlukan waktu lebih lama dari lima tahun untuk menyelesaikan kuliah mereka.



6. Perempuan lebih banyak makan makanan yang sihat.

Penelitian pada sekitar 14 ribu orang yang dilakukan oleh University of Minnesota, USA menunjukkan bahawa wanita lebih banyak memilih makanan sihat jika dibandingkan dengan lelaki. Sedangkan lelaki lebih cenderung atau suka makan makanan beku atau cepat untuk dihidangkan seperti daging merah dan pizza manakala para wanita pula kebanyakannya lebih suka untuk makan sejumlah buah dan sayuran.



7. Kekebalan tubuh perempuan lebih kuat.

Tidak hairanlah apabila lelaki bertingkah macam seorang bayi ketika mereka diserang selesema. Kenyataannya, wanita memiliki sistem kekebelan tubuh yang lebih kuat berbanding dengan lelaki. Tubuh wanita memiliki senjata rahsia yang tiada pada lelaki iaitu hormon estrogen. Penelitian dari McGill University, Kanada menunjukkan bahawa estrogen dapat mengatasi enzim yang mengganggu pertahanan tubuh terhadap bakteri dan virus.




8. Perempuan berumur lebih panjang.

Di antara populasi dunia, sebanyak 85 peratus orang yang berusia lebih 100 tahun adalah wanita. menurut penelitian dari New England Centenarian, umumnya wanita hidup lima hingga 10 tahun lebih lama jika dibandingkan dengan lelaki.



9. Perempuan dapat menjadi bos yang lebih baik.

Beberapa ahli perniagaan dengan yakin dan berpendapat bahawa kaum wanita dapat menjadi bos yang lebih hebat daripada lelaki. Hal ini disebabkan kerana wanita adalah pendengar dan mentor yang lebih baik. Selain itu, wanita juga dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik dan mengerjakan dua hingga tiga pekerjaan sekaligus. Dalam sebuah artikel Daily News, seorang ahli perniagaan terkenal mengatakan bahawa pada masa ini kestabilan serta peningkatan produktiviti kerja lebih berorientasi kepada layanan terbaik kepada pekerja-pekerjanya. Wanita dinilai sebagai penghubung yang lebih baik berbanding lelaki, serta lebih mahir dalam memberikan semangat kepada para pekerjanya.



10. Perempuan melabur lebih baik.

Penelitian pada 100 ribu portofolio menunjukkan bahawa pelaburan wanita lebih berhasil berbanding dengan lelaki. Perbandingannya adalah 18 peratus berbanding 11 peratus. Hal ini mungkin  disebabkan kerana wanita lebih berhati hati dengan keputusan pelaburannya dan lebih memikirkan untuk jangka masa panjang.

Monday, 5 March 2012

Fakta Tentang Coklat


Yummy.. Sedap tak ? Siapa kat sini suka makan coklat ?? Sila angkat tangan.. HAHA.. Most probably ramai yang suka makan coklat.. sebab coklat tue mendamaikan jiwa.. betul tak?? lagi lagi kalau dapat coklat free dari buah hati or best fren.. Ya! saya juga salah seorang penggemar dan peminat coklat!! Saya suka makan coklat apabila saya rasa keseorangan (lonely!).. dan bila saya tension study! ( mlm sehari sebelum exam..HUHU ).. Mesti korang tak percaya kan? but.. kadang2 sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan. tanpa korang sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. malah dalam menu diet ia turut di sarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Sebelum ni, kita mendengar banyak fakta tentang coklat yang berbaur negatif. Oleh itu, marilah kita ubah persepsi tentang coklat:

  • Coklat tidak menyebabkan jerawat

Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke pemukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, korang tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan kamu.

  • Coklat tidak menggemukkan 
                                                                                                            
Ramai orang yang takut nak menikmati kesedapan coklat sebab takut gemuk.. Ehh! nonsene la.. Coklat tidak pernah menyebabkan orang tu gemuk tau.. Lain la kalau makan coklat samapi tidak ingat dunia kan.. Makan sederhana, termasuk coklat diiringi senaman kardiovaskular adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan.. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah dimakan.



  • Coklat tidak menyebabkan karies gigi.
kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Satu lagi berita baik, tanim pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi


  • Coklat adalah baik untuk jantung 
Fakta yang mengatakan bahawa coklat boleh menyebabkan sakit jantung adalah salah. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Sebenarnya, kalau korang nak tau.. coklat mengandungi antioksidan dikenali  sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, korang patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurangkan lemak dan gula. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.


  •  Coklat dapat mengurangkan stress
Coklat diyakini mempunyai kaitan dengan kesihatan dan emosi apabila mengambilnya. Coklat dikatakan dapat mengurangkan kemarahan dan menjadi peneman ketika berada dalam kesedihan sebab kenikmatan aroma, rasa dan kelazatan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang mampu menaikkan mood dan dapat memberikan korang rasa tenang dan bahagia! So, kalau emosi korang tidak stabil masa tu , makan la banyak banyak coklat.. Biar comel sikit.. HAHA



Joommm !! makan coklat : )

Saturday, 3 March 2012

Tip Hilangkan stress ?

Hai..
Korang stress?? korang relax, korang tenang, korang cool k.. Ermm, selalunya masalah seperti ini akan berlaku bila seseorang menghadapi sesuatu kesulitan.. Macam macam la kan.. Dibebani masalah ditempat kerja.. Bagi yang masih belajar tu dengan esimen yang bersepah-sepah.. lagi lagi bila menjelang minggu exam kan.. Bagi yang tengah hangat bercinta tu perselisihan faham dengan pasangan kekasih la.. Tension kan? Hurmmm.. Selalunya bila dilanda masalah stress ini apa yang korang selalu buat? Layan TV? Makan banyak-banyak sampai kenyang? atau Lepak?




Haa.. Ni saya nak kongsi satu tip.. Mungkin dapat kurangkan la masalah stress korang tu.. kalau tak menjadi jangan salah kan saya pulak ye.. senang aja.. tak payah bayar duit.. Korang cuma perlu lukis he.. tak percaya? Cecuba klik link ni.. "http://www.drawastickman.com/".. Ikut je segala arahan dia suruh buat tu.. Mana tau kot kot boleh redakan sikit masalah stress korang tu.. Selamat mencuba.. Hehehe :)



Hope .. Korang enjoy .. HEHEHE