Yummy.. Sedap tak ? Siapa kat sini suka makan coklat ?? Sila angkat tangan.. HAHA.. Most probably ramai yang suka makan coklat.. sebab coklat tue mendamaikan jiwa.. betul tak?? lagi lagi kalau dapat coklat free dari buah hati or best fren.. Ya! saya juga salah seorang penggemar dan peminat coklat!! Saya suka makan coklat apabila saya rasa keseorangan (lonely!).. dan bila saya tension study! ( mlm sehari sebelum exam..HUHU ).. Mesti korang tak percaya kan? but.. kadang2 sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan. tanpa korang sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. malah dalam menu diet ia turut di sarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Sebelum ni, kita mendengar banyak fakta tentang coklat yang berbaur negatif. Oleh itu, marilah kita ubah persepsi tentang coklat:
- Coklat tidak menyebabkan jerawat
Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke pemukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, korang tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan kamu.
- Coklat tidak menggemukkan
- Coklat tidak menyebabkan karies gigi.
kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Satu lagi berita baik, tanim pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi
- Coklat adalah baik untuk jantung
Fakta yang mengatakan bahawa coklat boleh menyebabkan sakit jantung adalah salah. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Sebenarnya, kalau korang nak tau.. coklat mengandungi antioksidan dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, korang patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurangkan lemak dan gula. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.
- Coklat dapat mengurangkan stress
Coklat diyakini mempunyai kaitan dengan kesihatan dan emosi apabila mengambilnya. Coklat dikatakan dapat mengurangkan kemarahan dan menjadi peneman ketika berada dalam kesedihan sebab kenikmatan aroma, rasa dan kelazatan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang mampu menaikkan mood dan dapat memberikan korang rasa tenang dan bahagia! So, kalau emosi korang tidak stabil masa tu , makan la banyak banyak coklat.. Biar comel sikit.. HAHA
Joommm !! makan coklat : )
No comments:
Post a Comment