Huh ? Fakta lagi.. Ermm, mungkin agak boring juga.. Tapi saya nak korang tahu juga tentang fakta ini.. Tak kesah la.. HAHA.. Ramai di kalangan kita masih lagi tidak tahu tentang fakta ini.. Walaupun fakta yang diperkatakan ini mungkin akan disangkal oleh beberapa kaum lelaki lain.. HEHE.. Sekiranya kita fikirkan kembali, mesti kita beranggapan ada diantaranya boleh diterima pakai juga.. Apa apapun, fakta ini merupakan suatu kajian yang dijalankan oleh beberapa istitusi serta universiti luar negara dan kajian ini dilakukan melalui pemantauan serta pemerhatian yang dilakukan oleh beberapa pakar disana. So, mari kita lihat apa kelebihan pada diri seorang perempuan..
1. Perempuan berevolusi menjadi semakin cantik.
Sebuah pemerhatian menunjukkan bahawa wanita berevolusi menjadi semakin lebih cantik, sementara lelaki pula macam tu je. Dalam penelitian terhadap lebih dari dua ribu orang selama empat dekad, disimpulkan bahawa perempuan berpenampilan menarik memiliki anak 16 peratus lebih banyak daripada mereka yang berpenampilan biasa-biasa saja. Lebih lanjut lagi, ternyata kemungkinan wanita-wanita cantik tersebut memiliki anak perempuan sebagai anak pertama lebih besar 36 peratus dari yang lainnya.
2. Perempuan sering kali selamat dari kemalangan kereta.
Hal ini memang sangat menyedihkan, namun begitu la kenyataannya. Berdasarkan penelitian oleh Universiti Carnegie Mellon, di Pittsburgh, Amerika Syarikat, lelaki 77 peratus lebih berisiko untuk meninggal sewaktu kemalangan jalan raya jika hendak dibandingkan dengan perempuan.
3. Perempuan lebih mudah berasa selesa.
berdasarkan survey pada dua ribu orang wanita, ternyata wanita jauh lebih selesa untuk membicarakan masalahnya jika hendak dibandingkan dengan lelaki. Sebanyak 53 peratus wanita membicarakan masalahnya pada teman-teman mereka, sementara lelaki menceritakan masalahnya hanya 29 peratus sahaja.
4. Perempuan lebih tahan tekanan di tempat kerja.
Menurut sebuah Biro Statistik Tenaga kerja Dunia, sebanyak 80 peratus orang yang kehilangan pekerjaan sejak Desember 2007 adalah lelaki. Hal ini kemungkinan disebabkan kerana lapangan pekerjaan yang didominasi lelaki yang paling tertekan serta layanan yang dikenakan oleh majikan. Memang menyakitkan tetapi mungkin sudah waktunya kaum Adam beralih pekerjaan menjadi jururawat atau guru.
5. Perempuan lebih pandai & cerdik.
Seperti kita ketahui, wanita lebih banyak terdaftar di perguruan tinggi dibandingkan dengan lelaki. Sebuah statistik mengungkapkan bahawa lelaki yang lulus dan mendapatkan gelaran sarjana juga ternyata lebih sedikit daripada wanita. Kebanyakan lelaki ternyata memerlukan waktu lebih lama dari lima tahun untuk menyelesaikan kuliah mereka.
6. Perempuan lebih banyak makan makanan yang sihat.
Penelitian pada sekitar 14 ribu orang yang dilakukan oleh University of Minnesota, USA menunjukkan bahawa wanita lebih banyak memilih makanan sihat jika dibandingkan dengan lelaki. Sedangkan lelaki lebih cenderung atau suka makan makanan beku atau cepat untuk dihidangkan seperti daging merah dan pizza manakala para wanita pula kebanyakannya lebih suka untuk makan sejumlah buah dan sayuran.
7. Kekebalan tubuh perempuan lebih kuat.
Tidak hairanlah apabila lelaki bertingkah macam seorang bayi ketika mereka diserang selesema. Kenyataannya, wanita memiliki sistem kekebelan tubuh yang lebih kuat berbanding dengan lelaki. Tubuh wanita memiliki senjata rahsia yang tiada pada lelaki iaitu hormon estrogen. Penelitian dari McGill University, Kanada menunjukkan bahawa estrogen dapat mengatasi enzim yang mengganggu pertahanan tubuh terhadap bakteri dan virus.
8. Perempuan berumur lebih panjang.
Di antara populasi dunia, sebanyak 85 peratus orang yang berusia lebih 100 tahun adalah wanita. menurut penelitian dari New England Centenarian, umumnya wanita hidup lima hingga 10 tahun lebih lama jika dibandingkan dengan lelaki.
9. Perempuan dapat menjadi bos yang lebih baik.
Beberapa ahli perniagaan dengan yakin dan berpendapat bahawa kaum wanita dapat menjadi bos yang lebih hebat daripada lelaki. Hal ini disebabkan kerana wanita adalah pendengar dan mentor yang lebih baik. Selain itu, wanita juga dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik dan mengerjakan dua hingga tiga pekerjaan sekaligus. Dalam sebuah artikel Daily News, seorang ahli perniagaan terkenal mengatakan bahawa pada masa ini kestabilan serta peningkatan produktiviti kerja lebih berorientasi kepada layanan terbaik kepada pekerja-pekerjanya. Wanita dinilai sebagai penghubung yang lebih baik berbanding lelaki, serta lebih mahir dalam memberikan semangat kepada para pekerjanya.
10. Perempuan melabur lebih baik.
Penelitian pada 100 ribu portofolio menunjukkan bahawa pelaburan wanita lebih berhasil berbanding dengan lelaki. Perbandingannya adalah 18 peratus berbanding 11 peratus. Hal ini mungkin disebabkan kerana wanita lebih berhati hati dengan keputusan pelaburannya dan lebih memikirkan untuk jangka masa panjang.
No comments:
Post a Comment